fbpx

Pemandu teksi bawa penumpang 30 kilometer, minta tambang RM685

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GIANG Ho (kanan) membuat laporan polis terhadap Anh. - Foto VNExpress

HANOI – Seorang pemandu teksi ditahan kerana menakut-nakutkan dan mengenakan tambang 10 kali ganda kepada dua penumpang, lapor portal berita VNExpress kelmarin.

Polis berkata bahawa Thai Ngoc Anh, 32, dari daerah Thanh Xuan disiasat kerana peras ugut.

Beberapa orang lain yang terlibat turut ditangkap dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu.

Anh menurunkan dua penumpang itu berhampiran jalan raya selepas perjalanan sekitar 30 kilometer dan menuntut bayaran 4.2 juta dong (RM685).

Salah seorang penumpang itu, Giang Ho terpaksa meminjam wang daripada saudara-mara di rumah untuk membayar Anh.

Kejadian itu kemudian tersebar dengan cepat di media sosial sebelum polis menangkap Anh.

Tambang teksi sebenar untuk perjalanan sejauh 30 kilometer adalah sekitar 400,000 dong (RM65). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI