fbpx
Kita disunatkan untuk melakukan ibadah korban mulai dari 10 hingga 13 Zulhijah sebagai tanda taat kepada perintah Allah dan kesyukuran kepada Yang Maha Esa.

Berkorban, terkorban atau dikorbankan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABTU lalu, lebih 20 juta umat Islam di negara ini menyambut Hari Raya Aidiladha atau disebut sebagai hari raya korban.

Ini kerana kita disunatkan untuk melakukan ibadah korban mulai dari 10 hingga 13 Zulhijah sebagai tanda taat kepada perintah Allah dan kesyukuran kepada Yang Maha Esa.

Daging haiwan korban iaitu lembu, kerbau dan kambing kemudian akan diagihkan untuk dikongsi dengan golongan yang memerlukan.

Di Malaysia, biarpun dihambat dengan ekonomi agak mencabar, namun itu tidak melunturkan semangat umat Islam di negara ini untuk melaksanakan ibadah korban.

Rata-rata tempat menyaksikan ibadah itu berlangsung dengan meriah, malah bilangan haiwan dan peserta korban juga bertambah saban tahun.

Tidak ketinggalan, bagi golongan yang ‘cukup-cukup makan’ mereka juga tidak ketinggalan menabung lebih awal untuk menyertai ibadah korban tahun ini.

Namun lain pula nasibnya dengan umat Islam di bumi Gaza. Hari kedua Aidiladha menyaksikan sekurang-kurangnya 75 rakyat Palestin terbunuh, manakala puluhan yang lain terperangkap bawah sisa runtuhan.

Tanpa sebarang amaran, kediaman milik penduduk di Gaza City ranap dibom rejim Zionis pada hari suci perayaan umat Islam.

Memetik berita Al Jazeera, seorang penduduk tempatan, Hamed Keheel menceritakan detik cemas pada hari kejadian yang mana dia yang sedang tidur terjaga ekoran serangan tersebut dengan batu-bata menimpanya serta penghuni lain.

“Kami bangun untuk meraikan anak-anak dan (sepatutnya) memakaikan mereka baju raya, namun (pada hari kejadian) kami terpaksa bangun untuk mengangkat mayat wanita dan kanak-kanak dari bawah runtuhan,” katanya.

Selama 20 bulan sejak 7 Oktober 2023, bumi Gaza tidak pernah sunyi daripada serangan Zionis yang berterusan membunuh rakyat Palestin terutama kanak-kanak yang tidak berdosa.

Semalam, Kosmo! pula melaporkan mengenai pengorbanan ibu bapa yang diuji memiliki anak-anak istimewa. Ada ibu bapa yang mempunyai lebih daripada seorang anak berstatus orang kurang upaya (OKU).

Di sinilah iman mereka akan diuji. Membesarkan anak-anak istimewa memerlukan bukan hanya kesabaran tinggi, tetapi menuntut masa, wang ringgit dan perhatian yang lebih sehingga ada yang terpaksa berhenti kerja.

Ada yang mengorbankan harta, masa dan tenaga untuk agama. Saya percaya setiap daripada kita pernah atau sedang berkorban ketika ini sama ada untuk insan tersayang seperti pasangan, keluarga atau anak-anak atau diri sendiri.

Cuma harus diingatkan, dalam kita berkorban jangan sampai membawa mudarat, Biarlah ia bertempat jangan sampai ke tahap menggadai nyawa atau maruah diri sendiri.
Itu bukan berkorban, tapi sengaja caripenyakit!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN