fbpx
RISS mahu jadi pempengaruh dalam bidang kecantikan dan fesyen.

Riss lebih bahagia selepas patah hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Gadis Pesona Ahad minggu ini, Nur Ariessa Mahadi, 24, atau lebih dikenali Riss mengikut jejak arwah bapanya yang merupakan seorang pakar perubatan dan mempunyai minat mendalam dalam dunia perniagaan.

Bermula sebagai model dan ‘content creator’, gadis berasal dari Bangsar ini mempunyai kisah perit apabila dicurangi teman lelaki sehingga menyebabkan berat badannya turun dan memerlukan tempoh setahun untuk bangkit.

Kepada Kosmo! Ahad, gadis ekstrovert ini mendedahkan dirinya kini lebih bahagia bergelar penuntut Sarjana Muda Sains dalam Teknologi Farmaseutikal dan pempengaruh.

KOSMO! AHAD: Kongsikan tentang diri anda?
Nur Ariessa: Seorang yang aktif, suka menyertai kelas se­perti pilates, spinning dan aerial. Saya dan rakan-rakan suka cafe hunting jika ada masa terluang.
Selain itu, saya mempunyai cita rasa fesyen yang baik kerana sering menjaga penampilan diri dalam apa jua keadaan agar lebih yakin dan berketerampilan.

Bagaimana bermulanya menjadi mo­del?
Saya bermula Ogos 2024 de­ngan menyertai Malaysia Supermodel Search sebagai salah satu Key Opinion Leader (KOL). Berjalan di atas pentas di hadapan juri-juri ternama adalah pencapaian terbesar saya.
Saya suka melihat wajah sendiri terpapar di muka depan majalah dan salah satu impian tercapai.

Kenapa pilih bidang perubatan?
Saya memang minat dalam bidang perubatan sejak sekolah menengah. Setelah ayah mening­gal, saya buat keputusan untuk mengikuti jejaknya bagi program diploma.
Alhamdulillah, saya lulus cemerlang dan memperoleh anugerah dekan setiap semester. Setelah itu, saya terus sambung Sarjana Muda Sains dalam Teknologi Farmaseutikal.

Kongsi perjalanan sebagai content creator?
Ketika PKP, saya rajin membuat content menarik di media sosial sehingga pengikut naik mendadak dan mendapat tawaran membuat ulasan berbayar.
Alhamdulillah, berkat usaha ini, saya berhenti minta duit belanja daripada ibu bapa dan menggunakan duit sendiri untuk membayar semua kos pembelajaran. Walaupun pendapatan tidak seberapa tapi saya bersyukur dapat meringankan beban mereka.

Tiga perkara menarik tentang anda?
Mempunyai rasa cinta yang tinggi kepada diri sendiri, ekstrovet dan seorang yang mudah bergaul kerana senang beradaptasi dengan persekitaran baharu.

Riss suka lelaki yang dominan, setia, romantik dan sentiasa komited dalam hubungan.

Kisah paling perit?
Dua kali dicurangi dua tahun lepas dengan orang yang sama. Titik terendah bagi diri saya kera­na diri ini dibesarkan dengan penuh kasih sayang di samping keluarga dan rakan-rakan.
Hampir setahun saya ambil masa untuk lalui fasa patah hati. Fasa paling perit, saya turun berat sehingga 43 kilogram, berat yang paling ringan saya pernah cecah.

Pengajaran?
Iktibar daripada peristiwa dicurangi ini ialah walaupun cantik macam mana sekali pun seorang itu, namun bagi sesetengah ‘lelaki’ dia tidak pernah cukup dan rasa bersyukur.
Namun, dengan rezeki yang saya dapat ketika ini, ia mungkin sebagai ganti setiap tangisan yang dilalui sebelum ini.
Saya tak sabar nak berkenalan dengan orang baru dan bercinta lagi.

Adakah anda wajib keluar rumah bersolek?
Sebenarnya, saya lebih gemar keluar tanpa bersolek lebih-lebih ke kelas kerana saya hanya bersolek apabila ada acara penting. Tempoh masa bersolek hanya setengah jam.

Ciri-ciri lelaki pilihan anda?
Lelaki yang dominan, setia, romantik dan sentiasa komited dalam hubungan. Mempunyai rupa paras kacukan Arab juga menjadi pilihan utama.

Siapa anda lima tahun lagi?
Seorang yang ada kehidupan stabil dari semua aspek, pempengaruh dalam bidang kecantikan dan fesyen atau seseorang yang mampu memberikan sesuatu kepada orang tersayang tanpa perlu memikirkan keadaan kewangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN