fbpx
Cuaca panas yang melanda negara masa kini adalah keadaan biasa ketika tempoh Monsun Barat Daya.

Cuaca panas berterusan hingga September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan tiada jangkaan suhu panas luar biasa akan berlaku dalam tempoh terdekat seperti ramalan beberapa model cuaca yang tular di media sosial.

Sebaliknya kata Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip fenomena cuaca panas yang dialami ketika ini merupakan keadaan yang biasa berlaku saban tahun semasa tempoh Monsun Barat Daya (MBD).

Menurutnya, musim MBD yang telah bermula sejak 10 Mei lalu dijangka berterusan sehingga pertengahan September ini.

“Dalam tempoh ini, keadaan cuaca di negara kita lazimnya adalah lebih kering berikutan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang stabil menyebabkan pembentukan awan hujan ber­kurangan di kebanyakan tempat.

“Sehubungan itu, banyak kawasan akan menerima jumlah hujan yang sedikit berbanding tempoh lain dengan bilangan hari tanpa cuaca hujan yang lebih banyak,” katanya.

Bagaimanapun katanya, hujan lebat berserta angin kencang dan ribut petir masih boleh berlaku di beberapa tempat terutamanya melibatkan kawasan barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah pada awal pagi.

“Keadaan sama juga akan berlaku di kawasan pedalaman dan timur Semenanjung, barat dan pedalaman Sarawak serta pedalaman Sabah pada petang dan awal malam.

“Untuk tempoh ramalan tujuh hari ke hadapan hingga 4 Jun, cuaca seluruh negara di­jangka kekal kurang hujan dan panas di kebanyakan tempat berikutan kawasan penum­puan angin yang membawa hujan lebat lebih tertumpu di negara jiran kita di Thailand dan Myammar,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial analisis model cuaca yang memaparkan cuaca panas dengan suhu tinggi akan melanda beberapa kawasan di kepulauan Sumatera serta Semenanjung Malaysia.

Berdasarkan model terbabit, cuaca panas itu dijangka berlarutan sehingga hujung bulan atau awal Jun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN