fbpx
BERMAIN PS banyak memberi kenangan manis kepada Ariel Fesol terutama ketika dia membesar.

Ariel Fesol suka main PS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERMAIN permainan video Play Station (PS) merupakan aktiviti kegemaran selebriti ini terutama apabila berkaitan dengan permainan genre bola sepak.

PS juga merupakan pendedahan awalnya terhadap dunia gajet selepas ia diperkenalkan oleh abangnya yang membawa peranti itu ke rumah dari kolej.

Menjadikan aktiviti bermain PS sebagai hobi, peserta BigStage, Ariel Fesol, menyatakan bahawa PS banyak memberi kenangan manis buat dirinya terutama ketika membesar.

“Kalau ada PS di rumah sudah tentu bermain dengannya menjadi aktiviti kami adik-beradik ketika masa lapang dan itu kenangan yang sentiasa ada dalam ingatan.

“PS terawal kami adalah PS2 dan PS Portable (PSP) dan sejak dulu memang saya suka bermain permainan video genre bola sepak terutama FIFA,” katanya ketika ditemu bual K-Tekno selepas tamat Konsert Mingguan Big Stage di Shah Alam Royale Theatre, Shah Alam, Selangor baru-baru ini. 

Tambahnya, sehingga kini dia masih bermain PS pada masa lapang, malah dia juga sudah memiliki model terkini permainan video itu iaitu PS5.

PSP dan PS2 merupakan PS terawal yang dimiliki oleh Ariel Fesol.

Selain gajet permainan video, sebagai generasi yang membesar seiring perkembangan teknologi Ariel Fesol atau nama sebenar Muhammad Fhazrill Fesol juga berkesempatan menggunakan pelbagai jenis telefon bimbit hingga telefon pintar.

Kongsinya, untuk gajet komunikasi dia bermula dengan memiliki telefon bimbit dari jenama Sony Erriccson Cybershot sebelum beralih kepada model Xperia.

“Saya juga sempat merasa guna telefon jenama Blackberry pada zaman kegemilangannya dan pernah menggunakan dua model peranti tersebut iaitu Blackberry Curve dan Bold 4.

“Selepas Blackberry, saya beralih ke telefon pintar dan menggunakan peranti jenama Apple, bermula dengan Iphone 4 dan kini menggunakan Iphone 13,” ujarnya.

Katanya lagi, telefon merupakan gajet yang paling dia jaga dan sayang kerana ia bukan hanya merupakan peranti penting untuk berkomunikasi tetapi juga menyimpan pelbagai memori terutama gambar dan video.

Malah, dengan adanya aplikasi media sosial, dia yang kini bergelar selebriti juga menggunakan platform itu untuk meraih undi dan berhubung dengan peminat serta menghargai mereka menerusi muat naik (posting) dan siaran langsung (live) atas usaha mengundinya dalam program realiti Big Stage.

PERANTI muzik daripada Mac Studio memudahkan Ariel Fesol membuat gubahan dan susunan lagu serta muzik.

Meskipun begitu, Ariel Fesol mengakui bahawa dia tidak begitu aktif dalam penggunaan media sosial tetapi lebih aktif berkomunikasi menggunakan aplikasi permesejan Whatsapp.

Selepas penglibatan dalam Big Stage, dunia gajetnya juga berkembang kepada penggunaan peranti muzik daripada Mac Studio untuk studio muziknya.

Ujar Ariel Fesol, keperluan studio ini adalah untuk memudahkan dirinya membuat gubahan dan susunan lagu serta muzik bagi persembahan di pentas Big Stage.

“Studio muzik ini masih baharu dan saya juga sedang belajar untuk menggunakan teknologi itu bagi keperluan jangka panjang karier nyanyian.

“Teknologi dan gajet memang sangat membantu memudahkan segala urusan tetapi pada masa sama kita juga perlu ambil masa sendiri tanpa gajet untuk mendapatkan ketenangan dan kembali fokus,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN