fbpx

Nahas FRU: Pemandu lori batu akan direman esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trak FRU yang dirempuh lori batu di Teluk Intan pagi tadi.

TELUK INTAN – Pemandu lori muatan batu yang terlibat nahas mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini hari ini akan direman esok.

Permohonan reman terhadap suspek berusia 45 tahun itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya memberi jaminan siasatan menyeluruh akan dijalankan termasuk dakwaan mengatakan lori tersebut cuba mengelak kenderaan lalu sebelum nahas berlaku.

“Kita akan siasat daripada semua sudut, dakwaan atau kenyataan yang dikeluarkan di peringkat awal ini kita tidak dapat sahkan lagi, biar polis lengkapkan siasatan terlebih dahulu.

“Kalau cakap mengelak kenderaan, kita akan dapatkan keterangan mengenai kenderaan apa. Kita akan menjalankan siasatan selengkapnya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini hari ini.

Dalam pada itu Ayob Khan berkata, jenazah sembilan anggota akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing iaitu di Masjid Tuanku Abdul Rahman Putra, Kulim; Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang dan Tanah Perkuburan Islam Meru Raya di Ipoh serta Kampung Sungai Itik dekat Gopeng.

Katanya, tiga lagi anggota akan dikebumikan di Kampung Pantai Besar dekat Batu Kurau; Masjid Simpang, Taiping dan Kampung Parit Teluk Pial, Kuala Kurau.

“Sementara itu, jasad mendiang Sarjan S. Perumal akan dibawa ke Krematorium Buntong manakala Koperal Nurit Pandak dibawa ke Kampung Orang Asli Bukit Terang, Kampar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI