PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda 10 negeri sehingga pukul 6 petang ini.
Menurut MetMalaysia, antara negeri terlibat adalah Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).
“Cuaca buruk itu turut melanda Kelantan (Kuala Krai), Terengganu (Dungun) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin).
“Bagi Selangor, melibatkan kawasan Hulu Selangor, Klang, Gombak, Kuala Langat dan Sepang.
“Hujan lebat turut melanda Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Rembau, Jempol dan Tampin), Melaka serta Johor (Segamat, Batu Pahat dan Kluang),” kata MetMalaysia.
Amaran yang sama dikeluarkan di Sarawak melibatkan daerah Kuching (Lundu dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis) dan Limbang.
“Sabah juga dijangka mengalami keadaan cuaca yang sama di kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) dan Tawau (Tawau),” lapor MetMalaysia. – KOSMO ONLINE