fbpx

FAM tidak akan kompromi isu pengadil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI final Piala Malaysia Sabtu lalu mencetuskan kontroversi ekoran beberapa keputusan pengadil yang dianggap kurang tepat.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memberikan jaminan untuk tidak ‘beri muka’ kepada mana-mana pengadil tempatan sekiranya didapati gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram, berkata kesilapan besar pengadil hingga mempengaruhi perlawanan adalah satu kesalahan serius dan pihaknya akan bertindak sewajarnya untuk pastikan bola sepak dapat dilangsungkan secara adil.

“Kedua-dua pasukan (Johor Darul Ta’zim dan Sri Pahang) telah memiliki peluang yang sama rata untuk bergelar juara (Piala Malaysia) dan ia ditentukan oleh pasukan itu sendiri. FAM sangat komited dengan mutu prestasi pengadil dan FAM tidak pernah berkompromi dalam hal mutu pengadil,” kata Sivasundaram yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM.

Sebelum ini, kredibiliti pengadil, Razlan Joffri Ali yang mengadili final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu mendapat kritikan hebat daripada peminat bola sepak tanah air.

Razlan telah melayangkan dua kad kuning pada separuh masa pertama ke atas pemain Tok Gajah, Sergio Aguero, memberikan penalti kepada Harimau Selatan dan turut melayangkan kad merah kepada pertahanan JDT, Park Jun-heong.

Sebagai rekod, tahun lalu Razlan pernah direhatkan selepas pengadil terbabit didapati gagal membuat keputusan yang tepat pada aksi Liga Super antara JDT dan Perak di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Sebelum ini juga, FAM sudah pun bertindak tegas, menyaksikan Fitri Maskon menjadi ‘mangsa’ pertama pucuk pimpinan baharu FAM apabila pengadil itu dipecat daripada semua tugasannya.

Malah, FAM sebelum ini juga pernah mengenakan hukuman penggantungan daripada mengadili mana-mana aksi Liga M kepada seorang lagi pengadil tempatan, Zulkarnain Zakaria.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI