fbpx

Final Piala FA ‘tiada makna’ buat City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain City meraikan jaringan Gvardiol (dua dari kiri) ketika menewaskan Forest kelmarin. - AFP

LONDON – Rasa kesal seakan terus menyelubungi pengurus Manchester City, Pep Guardiola apabila menganggap kejuaraan Piala FA tidak mampu untuk menutup kegagalan pasukannya mempertahankan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pada aksi separuh akhir di Stadium Wembley kelmarin, The Citizens mengesahkan slot final Piala FA selepas menewaskan Nottingham Forest 2-0 sekali gus menempah pertemuan dengan Crystal Palace pertengahan bulan depan.

“Tidak (musim yang berjaya jika menang Piala FA) dan saya perlu katakan perkara ini banyak kali. Musim ini tidak begitu bagus kerana boleh dikatakan kami (ketinggalan) beribu mata di belakang Liverpool.

“Sudah pasti malapetaka kami sedikit berkurang jika menang Piala FA tetapi kami tidak boleh katakan ini adalah musim yang bagus. Begitu juga jika kami berada dalam kelompok lima terbaik dan layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

“Kelab ini perlu segera mengambil keputusan dengan lebih tepat untuk menjadikan pasukan lebih baik pada saingan musim akan datang,” katanya.

Pada aksi itu, City yang konsisten meraih tiga kemenangan berturut-turut dalam kempen EPL sebelum ini berjaya memperoleh jaringan menerusi bintang muda, Rico Lewis dan tonggak pertahanan kiri, Josko Gvardiol.

Biarpun kecewa dengan keseluruhan musim, namun Guardiola tetap gembira untuk melangkah ke final kerana beliau merasakan ia memberi gambaran terhadap keupayaan generasi baharu dalam pasukannya ketika ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI