fbpx

Hafiz tebus kekecewaan di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZ (tengah) bersama piala kemenangan selepas muncul juara Kejohanan Antarabangsa Sonic buat kali pertama di Singapura - MTBC

PETALING JAYA – Pemain boling negara, Muhammad Hafiz Zainuddin berjaya menebus kekecewaan di Terbuka Malaysia minggu lalu apabila muncul juara Kejohanan Antarabangsa Sonic di Singapura, sebentar tadi.

Beraksi penuh semangat di hadapan keluarganya yang hadir dari Kuala Lumpur, Hafiz menewaskan wakil tuan rumah, Darren Au dengan 248 jatuhan pin berbanding 235 dalam aksi final penuh mendebarkan.

Hafiz mengakui kemenangan itu amat bermakna buat dirinya, lebih-lebih lagi selepas gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Malaysia, minggu lalu.

“Kemenangan ini sangat bermakna sebab keluarga saya datang dari jauh, dari KL ke Singapura. Ini hadiah kemenangan untuk mereka dan saya sangat gembira dapat tunjukkan kemenangan ini di depan mata mereka,” katanya kepada Kosmo!

Biarpun kecewa tidak dapat mempertahankan gelaran di Terbuka Malaysia, Hafiz menganggap kejayaan di Sonic sebagai penawar terbaik bagi luka yang masih berbaki.

“Walaupun luka kecewa tak dapat pertahankan gelaran Terbuka Malaysia, ia digantikan dengan kejuaraan Sonic. Syukur semuanya berjalan lancar,” ujarnya.

Selain membawa pulang trofi kejuaraan, Hafiz juga meraih hadiah wang tunai berjumlah SG$18,000 (RM50,900) hasil kejayaan tersebut.

Sebagai rekod, Malaysia kini telah memenangi kesemua tiga edisi Kejohanan Antarabangsa Sonic setakat ini, sekali gus mengukuhkan dominasi skuad negara dalam arena sukan boling. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI