fbpx

Bos bayar gaji pekerja bermasalah guna duit syiling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Liu menerima gaji terakhirnya dalam bentuk duit syiling yang diletakkan di dalam beg plastik. - YouTube

BEIJING – Seorang bekas pekerja sebuah kedai minuman di Taiwan menerima gaji terakhir sebanyak NT$6,972 (RM938) dalam bentuk syiling kerana kerap membuat masalah di tempat kerja, lapor portal berita South China Morning Post. 

Wanita dikenali sebagai Liu, 19, berkongsi perkara itu di media sosial selepas dia mengambil keputusan untuk berhenti.

Menurut Liu, gaji terakhirnya diserahkan dalam bentuk syiling yang diletakkan di dalam beg plastik. 

Syiling itu berdominasi NT$1 (RM0.13), NT$5 (RM0.67) dan NT$10 (RM1.34). Ia juga mengambil masa selama sejam untuk dimasukkan ke dalam bank. 

“Saya dapati syiling NT$20 (RM3) pula tidak cukup dan apabila saya bertanya kepada majikan, dia bergurau dengan orang lain ‘ada pengemis datang, beri dia NT$20’,” kata Liu. 

Majikan itu mempertahankan tindakannya dengan menyatakan,  tindakan itu sebagai pengajaran kepada Liu yang mempunyai sikap buruk terhadap rakan sekerja dan kerap ponteng kerja. 

“Saya memberitahu Liu, apabila kita bekerja, kita perlu hormat orang lain dan berkomunikasi dengan baik. Tetapi dia menjawab bahawa sikap tidak sabarnya disebabkan baru bangun tidur.

“Liu turut meminta pendahuluan gaji meskipun baru bekerja sebulan. Dia juga pernah tidak hadir tanpa makluman selama tiga hari,” tambah majikan. 

Susulan pertikaian itu, Liu ditawarkan untuk menukar duit syiling tersebut dengan wang kertas sekiranya dia memohon maaf tetapi ditolak. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI