fbpx

[VIDEO] Pernah minta RM2 dengan ayah, tapi….

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – “Dulu aku pernah mintak duit RM2 pada ayah. Ayah kata ambil dalam beg duit dia atas meja. Aku buka ada RM2 tepat, terus aku tutup beg tersebut.”

Itu antara perkongsian menyentuh hati daripada seorang pemuda tentang kenangan bersama bapanya yang sudah meninggal dunia.

Katanya lagi yang menggunakan profil @Amirul Ikmal di media sosial, dia menangis selepas kejadian itu dan nekad untuk mengubah kehidupan mereka di masa akan datang.

Tambah pemuda itu, impiannya untuk menjadi ‘seseorang’ tercapai, namun kejayaan itu tidak sempat dinikmati bersama ayah kesayangan.

“Aku menangis, nekad nak jadi seseorang yang boleh ubah segalanya. Tapi bila aku ada segalanya, aku dah tiada dia (ayah). Ayah, rindu!

“Ni kisah besar dari hidup aku. Nak tulis panjang-panjang, air mata mengalir sama laju. Moga arwah ayah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

Hantarannya itu mengundang perhatian orang ramai yang rata-rata turut berkongsikan kisah masing-masing.

“Abah bawa motosikal seorang dari Kedah ke Perlis semata-mata nak hantar baju korporat aku. Lepas abah balik, aku nangis sambil mandi. Nangis macam orang gila. Kami dulu susah tak ada kereta memang kena naik motosikal ja,” cerita @aiskrim aafiyah Kedah.

“Dulu aku hairan kenapa ayah tak pernah tukar selipar atau baju seluarnya, tapi kalau kami minta belum sempat malam dah dapat. Dah jadi ayah baru aku tau kenapa,” komen @shamsulhaimi.

“Aku pernah jadi pengawas asrama sekolah di Kedah, bertugas jaga bilik tamu. Ada ibu bapa datang dari Kuala Lumpur naik bas, minta aku panggilkan anknya tapi si anak tak mengaku. Sampai ke sudah tak nak jumpa. Malu agaknya sebab bapanya buta,” kongsi @Just_me. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI