fbpx
SEORANG lelaki mengisi minyak ke dalam traknya di sebuah stesen petrol di Saint Etienne de Montluc, barat Perancis pada 15 April lalu. – AFP

Iran ancam tutup Selat Hormuz sekali lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN  – Tehran hari ini mengancam untuk menutup Selat Hormuz sekali lagi jika Amerika Syarikat meneruskan sekatan ke atas pelabuhan-pelabuhan Iran, beberapa jam selepas laluan air utama itu dibuka semula berikutan perjanjian gencatan senjata di Lubnan.

“Jika sekatan ke atas pelabuhan Iran diteruskan, Selat Hormuz tidak akan kekal dibuka,” kata Speaker Parlimen Mohammad Bagher Ghalibaf di platform  X sambil menambah, perjalanan di laluan air itu akan memerlukan kebenaran daripada Iran.

Kenyataan kurang enak itu dibuat  pada hari yang disifatkan oleh Trump sebagai ‘HEBAT DAN CEMERLANG’, dengan siri catatan di laman Truth Social yang  memuji Pakistan sebagai perantara rundingan damai, sambil memberitahu NATO untuk  ‘JANGAN KEMARI’  ketika beliau menolak tawaran pakatan itu untuk membantu menjamin kebebasan belayar di selat tersebut.

Dalam wawancara telefon bersama AFP, Trump menambah: “Nampaknya ia akan menjadi sangat baik untuk semua orang dan kami sangat hampir untuk mencapai perjanjian”.

“Tiada titik buntu yang belum selesai dalam rundingan dengan Tehran,” katanya.

Sementara itu, harga minyak dunia jatuh berikutan harapan cerah konflik itu dapat diselesaikan di meja rundingan, manakala harga saham rata-rata mencatat peningkatan. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN