fbpx
RICE bakal mengetuai Arsenal bertemu City pada aksi malam esok selepas kecederaan dialami Odegaard dan Saka. - AFP

EPL: Rice ikrar balas kepercayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Tonggak tengah Arsenal, Declan Rice mengakui teruja apabila dinaikkan pangkat menjadi kapten ketiga buat pasukan dan tekad untuk membalas kepercayaan yang diberikan oleh pengurus, Mikel Arteta.

Sebagai rekod, Rice diberikan lilitan kapten oleh Arteta pada dua aksi kompetitif terakhir The Gunners selepas ketua pasukan, Martin Odegaard dan penolong, Bukayo Saka masih lagi mengalami kecederaan.

Arteta sebelum ini menjelaskan Rice menjadi pilihan baharu rakan-rakan sepasukan selepas pemain pertahanan, Gabriel menolak untuk memakai lilitan kapten atas sebab yang tidak didedahkan.

“Sudah tentu saya lihat diri saya sebagai salah seorang pemimpin dalam pasukan ini. Namun, kami juga perlukan mereka (Odegaard dan Saka) kembali kerana mereka antara pemain terbaik di sini.

“Secara peribadi, bermain untuk kelab ini dalam apa jua keadaan adalah tanggungjawab. Saya tahu saya sudah bersedia dan saya gembira dapat turun membantu pasukan,” katanya.

Sementara itu, Rice turut memberi amaran bahawa The Gunners sedia untuk menebus kekecewaan kekalahan di final Piala Liga Inggeris (EF) dengan meraih keputusan positif ketika bertemu Manchester City di Stadium Etihad, malam esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN