fbpx

Perak FC akhirnya kibar ‘bendera putih’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perak FC menamatkan saingan di kedudukan ke-7 Liga Super musim ini. - Foto ihsan Perak FC

PETALING JAYA – Status penyertaan skuad Perak FC pada saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan menjadi tanda tanya selepas pihak pengurusan dikhabarkan sudah mengangkat ‘bendera putih’ pada mesyuarat hari ini.

Perkhabaran itu dikuatkan dengan perkongsian penjaga gol Perak FC yang juga pemain skuad Harimau Malaya, Haziq Nadzli di laman sosial Instagramnya hari ini.

Dalam perkongsian Haziq, sebuah portal tempatan telah berkongsi mengenai status terkini Perak FC yang ditawarkan pembayaran gaji 20 peratus (%) daripada tunggakan selama enam bulan setengah.

Menerusi tangkap layar tersebut, skuad The Bos Gaurus dikatakan sudah sepakat untuk tidak mewarnai saingan liga domestik ekoran kemelut luar padang yang kian meruncing.

“Perak dah nak tutup! Hari ini di mesyuarat itu, Bos Roy yang sepatutnya hadir, tidak hadir lagi dan hanya menghantar pengurus kewangan.

“Dia menawarkan kami untuk menerima hanya 20% daripada 6.5 gaji yang kami ada, dan ia tidak akan diteruskan! Perak dah habis, mereka cuba tutup atau jual,” kata portal terbabit yang dikongsikan Haziq.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebelum ini masih yakin semua pasukan yang beraksi dalam Liga Super musim ini akan kekal bersaing pada kempen akan datang yang dijangka bermula pada Ogos nanti.

Namun, segalanya tertakluk dengan lesen kebangsaan yang akan diterima oleh kelab-kelab terbabit apabila tarikh tutup pendaftaran berakhir pada 30 April ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI