fbpx

EPL: United sedia lepas empat penggempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GARNACHO bersedia dilepaskan oleh United pada musim panas ini sekiranya mendapat tawaran terbaik. - AFP

MANCHESTER – Manchester United dilapor bersedia untuk melepaskan empat pemain di bahagian serangan untuk meraih dana bagi menampung pembelian dua pemain yang diinginkan dengan anggaran nilai £92.5 juta (RM540.17 juta).

Pengendali pasukan itu, Ruben Amorim terdesak untuk meningkatkan kemampuan pasukan itu musim depan selepas mereka melalui tempoh prestasi yang terlalu teruk apabila menduduki tangga ke-14 saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pengurus dari Portugal itu dilaporkan memberikan keutamaan untuk menguatkan jentera serangan dengan menyasarkan dua penggempur baharu iaitu Matheus Cunha dari Wolves dan penyerang Ipswich Town, Liam Delap.

United memerlukan dana sebesar £62.5 juta (RM364.98 juta) untuk mengaktifkan klausa pelepasan Cunha dari Wolves, manakala Delap yang mahu mencari angin baharu selepas Ipswich hampir pasti tersingkir ke Liga Kejuaraan dianggarkan bernilai £30 juta (RM175.19 juta).

Bagi memenuhi keinginan tersebut, United dilapor bersedia untuk melepaskan khidmat empat pemain penyerang mereka bagi meningkatkan dana serta memberi ruang untuk memastikan mereka tidak melanggar Peraturan Keuntungan dan Kestabilan (PSR).

Empat pemain yang dijangka dilepaskan United adalah Marcus Rashford yang menarik minat Aston Villa apabila mempamerkan aksi cemerlang dalam tempoh pinjaman, selain Antony juga mungkin akan bertukar status daripada pemain pinjaman kepada pemain kekal di Real Betis.

Selain itu, Jadon Sancho juga dilihat berpotensi untuk berhijrah secara kekal di Stamford Bridge selepas tempoh pinjamannya berakhir hujung musim ini, namun United perlu mendapatkan pembeli untuk Alejandro Garnacho yang turut diintai khidmatnya oleh Chelsea. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI