PETALING JAYA – Sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Jabor, Kuantan, Pahang, meraih perhatian netizen apabila bilangan keseluruhan pelajar di sekolah itu hanyalah seramai sembilan orang.
Klip video yang dikongsikan oleh @Husnibnsuhaimi di TikTok, turut memaparkan salah seorang murid memberikan ucapan sempena majlis penyerahan lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar sekolah.
Majlis itu turut dihadiri beberapa orang guru yang berkhidmat sebagai tenaga pengajar di sekolah berkenaan.
Menerusi ruangan komen, kebanyakan orang ramai meluahkan rasa keberuntungan sekolah berkenaan dengan memiliki jumlah pelajar sedikit.
“Susah ini kalau malas datang sekolah, satu sekolah boleh kesan,” komen @Adubron.
“Macam ini baru boleh riak, satu sekolah kenal aku,” balas @Janaa.
“Kalau gini aku la pengawas, aku la ketua kelas, aku la AJK kebersihan, aku la bertugas sapu kelas hari isnin sampai jumaat,” kata @Ainin. -KOSMO! ONLINE
@husnibnsuhaimiMajlis penyerahan lencana 🇲🇾