KUALA TERENGGANU – Pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid bakal melangsungkan perkahwinan dengan pelakon, Eyka Farhana pada awal bulan depan.
Sumber terdekat berkata, upacara pernikahan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada minggu depan.
Beliau memberitahu, majlis resepsi di Kedah dan Kelantan yang masing-masing merupakan kampung halaman Akhyar, 26, dan Eyka Farhana, 30, pula akan diadakan pada bulan sama.
“Majlis perkahwinan mereka (Akhyar dan Eyka Farhana) akan diadakan di tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Kedah dan Kelantan pada masa terdekat, ” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Sementara itu, Akhyar yang ketika aksi terakhir Liga Super menentang Kedah Darul Aman FC (KDA) pada kelmarin enggan mengiya mahupun menidakkan berita pernikahan beliau.
“Buat masa ini belum bersedia nak kongsi apa-apa. Nantilah, Selamat Hari Raya Aidilfitri,” katanya ringkas. – KOSMO! ONLINE