Tontonan drama dan filem dalam talian kian mendapat tempat.- Gambar hiasan

Platform OTT ‘gugat’ industri panggung wayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KALAU dahulu, orang sanggup beratur di kaunter panggung wayang untuk membeli tiket filem yang mahu ditonton tetapi kini lebih mudah apabila wujudnya platform penstriman atau ‘Over The Top’ (OTT) yang boleh ditonton tidak kira masa dan di mana jua.

Kewujudan OTT yang sememangnya dapat menyenangkan penonton rupa-rupanya boleh membunuh industri panggung wayang tanpa kita sedari.

Tahun lepas, ada beberapa cawangan panggung wayang yang terpaksa tutup di sekitar Lembah Klang akibat perubahan landskap hiburan.

Baru-baru ini, filem tempatan iaitu Blood Brothers: Bara Naga yang dilancarkan pada 10 April mendapat kutipan sangat memberangsangkan apabila ramai yang hadir ke pawagam.

Namun, ada juga yang menyuarakan sanggup menunggu untuk menonton naskhah terbabit dalam OTT tanpa mahu berkunjung ke pawagam.

Perkara ini sedikit sebanyak membimbangkan beberapa pihak terutama sekali pembikin filem yang sudah mencurahkan idea, keringat, wang dan masa untuk hasilkan karya terbaik bagi kepuasan peminat filem.

Menurut Ketua Kandungan Original iQiYi Malaysia, Zebedee Ernest De Chou perkara tersebut kemungkinan terjadi kerana sesetengah pihak tidak sanggup menghabiskan berbelas ringgit semata-mata untuk menonton wayang.

“Sejujurnya saya juga seorang pencinta filem dan akan tonton naskhah-naskhah tersebut di panggung wayang.

“Perkara ini ada dua faktor iaitu yang pertama adalah mikroekonomi dan situasi rakyat Malaysia perlu hadapi.

“Berapa ramai yang boleh habiskan RM15 semata-mata untuk tengok wayang dan tidak semua orang sanggup berhabis sebanyak itu,” katanya kepada Kosmo!.

Dalam masa sama, dia yakin lebih ramai yang sanggup melanggan OTT untuk menonton karya kegemaran tanpa had memandangkan hanya perlu mengeluarkan wang sebulan sekali sahaja.

“Individu yang kurang berkemampuan akan tunggu langkah berikutnya iaitu melanggan OTT.

“Mereka cuma perlu membayar sekali sahaja dan dapat menonton banyak cerita dalam satu masa.

“Kalau ke panggung wayang, mereka terpaksa berhabis paling tinggi pun RM200 lebih sekali kalau bawa satu keluarga ke sana,” jelasnya.

Selain OTT, Zabedee mengakui kemunculan cetak rompak boleh menjadikan kedua-dua industri iaitu panggung wayang dan OTT tidak mampu meraih pendapatan.

“Faktor kedua adalah walaupun kami (OTT) membayar jumlah yang tinggi untuk lesen mendapatkan naskhah layar perak orang tetap akan menonton secara haram.

“Jadi, di sini kita perlukan badan seperti Finas untuk mengubah industri perfileman Malaysia walaupun sukar untuk melawan cetak rompak kerana mereka selalunya akan menang.

“Pasti pembikin filem sudah meletakkan sepenuh hati dan jiwa dalam karya mereka dan menjangka ramai yang akan menonton wayang. Cumanya, mereka harus memikirkan faktor pertama tadi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN