fbpx

Isteri suspek utama ambil nyawa bekas ketua polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OM Prakash mati dibunuh di rumahnya. - Foto X/@prameshjain12

NEW DELHI – Bekas ketua Polis Karnataka, Om Prakash yang ditemui mati di rumahnya di Bengaluru, India didapati bergaduh dengan isterinya, Pallavi, lapor portal berita NDTV hari ini. 

Menurut sumber, semasa pergaduhan, wanita itu didakwa membaling serbuk cili pada Prakash, mengikat mangsa dan menikamnya hingga mati. 

Lelaki berusia 68 tahun itu turut diserang dengan botol kaca dalam pergaduhan mengenai harta.

Selepas pembunuhan itu, Pallavi bercakap dengan isteri polis lain dan memberitahu bahawa dia telah membunuh suaminya, kata sumber tersebut.

Isteri polis itu kemudian memberitahu suaminya.

Apabila sampai di tempat kejadian, anggota-anggota polis menahan Pallavi dan anak perempuan mereka. 

Ibu dan anak perempuan tersebut disoal siasat selama kira-kira 12 jam dan kes itu masih dalam siasatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI