fbpx

Tabungan duit raya realisasi impian tujuh beranak tunai haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMMAD HATTA Abd. Latif (tengah) bersama lima anak dan dua menantunya pada program itu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, hari ini. -FOTO/ ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Kecekalan seorang bapa menabung duit raya lima anaknya sejak 32 tahun lalu membawa rezeki apabila mereka bakal menunaikan ibadah haji pada bulan depan.

Mohammad Hatta Abd. Latif, 60, dia amat bersyukur apabila semua anaknya turut terpilih melaksanakan rukun kelima Islam itu tahun ini.

Menurut pesara swasta itu, dia telah membuat simpanan di dalam akaun Lembaga Tabung Haji (TH) sejak kelahiran anak pertamanya pada 1993 meliputi duit raya yang diniatkan bagi persediaan haji mereka.

“Alhamdulillah, hasrat saya tercapai apabila kami akan berangkat bersama mereka yang semuanya pertama kali ke tanah suci Mekah,” katanya ketika ditemui pada majlis penutupan Kursus Perdana Haji Musim 1446 Hijrah Peringkat Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Mohamad Hatta bersama lima anak, isteri, Nor Aini Ismail, 55, dan dua menantunya antara 8,338 bakal haji di negeri ini yang dipilih menunaikan ibadah berkenaan.

Menurut beliau yang menetap di Seksyen 13 di sini, hasrat membawa anak ke tanah suci itu timbul selepas dia dan isteri menunaikan haji pada 2008.

Malah katanya, dia terharu doanya di bumi Arafah pada 2008 untuk membawa anak ke Mekah dimakbulkan sekali gus melunaskan amanat arwah bapanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI