fbpx

Selangor, KL hujan lebat sehingga 2 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerima hujan lebat sehingga pukul 2 pagi nanti.

Antara kawasan terlibat di Selangor adalah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat, sementara Kuala Lumpur terkesan secara keseluruhannya.

Turut dijangka mengalamai cuaca buruk sama adalah Kedah (Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik).

“Sarawak juga diramal terlibat meliputi Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu dan Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi).

“Selain keseluruhan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah juga dijangka mengalami ribut petir di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort),” kata MetMalaysia menerusi kenyataan, malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI