fbpx

Ibu pukul, cubit anak dalam dobi dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video CCTV memaparkan seorang wanita memukul kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya di sebuah dobi di Kemaman pada Rabu lalu.

KEMAMAN – Polis sedang menyiasat penularan klip video yang memaparkan seorang wanita memukul dan memarahi kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya di sebuah premis dobi di daerah ini baru-baru ini.

Perbuatan dirakam di dalam klip video televisyen litar tertutup (CCTV) dobi itu yang tular tersebut dipercayai berlaku pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, setakat ini, pihak masih belum menerima sebarangt aduan berhubung kes berkenaan.

“Begitupun, siasatan tetap akan dilakukan berdasarkan penularan klip video berkenaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut dimohon tampil bagi menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Berdasarkan klip video berkenaan, wanita terbabit kelihatan marah lalu bertindak ganas menolak kepala dan badan kanak-kanak perempuan terbabit serta mencubit beberapa anggota badan termasuk telinga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI