JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan detik cemas seorang kanak-kanak berusia dua tahun merangkak di atas bumbung rumah, lapor laman berita Detik.
Kejadian berlaku di Lombok Tengah, wilayah Nusa Tenggara Barat.
Dalam video tersebut, seorang kanak-kanak lelaki dilihat merangkak dengan santai di atas bumbung yang mempunyai tapak senget ke bawah.
Beberapa jiran termasuk ibu kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Eliza, dilihat menjerit dari bawah sambil memujuknya agar tidak bergerak.
Dia akhirnaya berjaya diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Menurut Eliza, dia berada di dalam tandas sebelum anaknya disedari hilang.
Dia kemudian terkejut apaila melihat kanak-kanak itu sudah berada di atas bumbung rumah.
Eliza juga percaya bahawa anaknya memanjat ke bumbung melalui reban ayam yang berada di bawah rumah.
“Sebelum kejadian, dia bermain pasir dekat rumah jiran yang kedudukannya lebih tinggi daripada rumah kami,” kata Eliza.
Tambahnya, dia hanya meninggalkan anaknya seketika untuk ke bilik air sebelum kanak-kanak itu hilang.
Susulan video tular itu, pihak polis dan Penyelia Keselamatan dan Ketenteraman Awam hadir ke rumah Eliza bagi memberi nasihat mengenai keselamatan kanak-kanak. – AGENSI














