fbpx
Rakaman CCTV di Plaza Tol Sungai Chua menghala ke Kajang memperlihatkan Honda City Hatchback berwarna putih dipercayai merapati belakang sebuah kereta untuk melepasi pagar tol.

Polis siasat kaitan kereta tular dengan kes pecah rumah di Mantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Polis sedang menyiasat kemungkinan sebuah kereta yang tular disyaki di Plaza Tol Sungai Chua menghala ke Kajang mempunyai kaitan dengan kes pecah rumah di Taman Permai Jaya, Mantin, yang berlaku Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, pihaknya telah mengenal pasti sebuah kenderaan jenis Honda City Hatchback berwarna putih menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

Menurut beliau, rakaman video berdurasi kira-kira 30 minit yang tersebar di media sosial turut sedang diteliti bagi membantu siasatan, termasuk mengesahkan pergerakan kenderaan dengan nombor pendaftaran AKT 1719.
“Polis tidak menolak kemungkinan kenderaan tersebut digunakan oleh suspek yang sama dalam kejadian pecah rumah di Mantin, namun siasatan masih dijalankan,” katanya kepada Kosmo!.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua lelaki bertopeng bertindak berani memecah masuk sebuah rumah di Taman Permai Jaya sebelum melarikan pelbagai barangan berharga dalam tempoh kira-kira lima minit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN