fbpx

Lawatan Anwar ke Thailand buka lembaran baru kukuh hubungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika tiba di Thailand semalam.

PETALING JAYA – Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand membuka lembaran baharu dalam memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–Thailand.

Jelas beliau, dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, mereka berdua sepakat mempererat kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pembangunan wilayah bersempadan.

” Isu Myanmar turut menjadi agenda utama. Saya mengambil peluang bertemu SAC dan NUG Myanmar serta kumpulan penasihat tidak rasmi kepada Pengerusi ASEAN bagi mendengar secara langsung pandangan semua pihak dengan matlamat mempermudah akses kemanusiaan yang amat mendesak dan menghentikan keganasan secara menyeluruh.

” Saya tekankan keperluan pendekatan yang berprinsip, inklusif dan berlandaskan nilai kemanusiaan sejagat.

” Malaysia selaku Pengerusi ASEAN akan terus menyumbang secara konstruktif ke arah penyelesaian yang lebih mampan dan bermaruah untuk rakyat Myanmar di bawah kerangka ASEAN,” jelas beliau dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Tambah Anwar, beliau turut bertemu pelabur utama dan captain of industries Thailand, bagi menarik pelaburan berkualiti tinggi ke Malaysia.

“Hubungan ekonomi serantau yang kukuh adalah kunci kemakmuran bersama,” kata Anwar. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI