fbpx

KKM laksana sistem kumpulan berkaitan diagnosis bermula tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BANGI – Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka melaksanakan sistem kumpulan berkaitan diagnosis (DRG) kebangsaan bermula pada tahun ini secara berfasa.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkifley Ahmad berkata, pada masa ini, proses libat urus bersama pihak-pihak yang berkenaan sedang dijalankan melalui pendekatan intensif.

“KKM mengambil pendekatan bersama Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM), pemain industri terutamanya operator penjagaan kesihatan swasta selain pihak takaful.

“DRG ini akan mengambil masa panjang untuk menyempurnakannya, tetapi apa yang kita maksudkan pada awalnya adalah paling tidak memulakan beberapa penyakit sederhana kompleks,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berkaitan Projek MyGenom dan sesi pemberian sampel (darah) di Institut Genom dan Vaksin Malaysia di sini hari ini.

Dzulkefly berkata, KKM perlu membangunkan DRG yang sempurna supaya negara tidak perlu lagi merujuk kepada negara lain, malah ia turut membantu mengkategorikan penyakit kronik untuk dibangunkan pembuat polisi sama ada kerajaan atau swasta.

“Kita harap dapat (laksanakan) dengan mudah tahun ini sebab saya sendiri sudah menangani isu ini. Ia rancak dibualkan di Parlimen,” katanya.

Media pada Disember tahun lalu melaporkan, KKM memaklumkan, perbincangan mengenai pelaksanaan perubatan DRG sedang giat dijalankan bagi meningkatkan ketelusan caj rawatan pesakit.

Dzulkefly dilaporkan berkata, pelaksanaan DRG akan membantu mengatasi isu kos perubatan yang menjadi punca kenaikan premium insurans perubatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI