fbpx

Trump hina Universiti Harvard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR kelmarin menunjukkan kampus Universiti Harvard di Cambridge, negeri Massachusetts. – AFP

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menghina Universiti Harvard semalam selepas pusat pengajian tinggi unggul itu menolak  tuntutan untuk menerima pengawasan politik  pihak luar.

Trump juga akan membatalkan kontrak penyelidikan kerajaan dan meminta Perkhidmatan Hasil Dalam Negara (IRS) membatalkan pelepasan cukai diberikan kepada Harvard sebelum ini.

“Harvard tidak boleh lagi dianggap sebagai tempat pembelajaran yang baik dan tidak sepatutnya berada dalam mana-mana senarai Universiti Hebat Dunia atau kolej.

“Harvard memalukan, mengajar kebencian dan kebodohan, tidak lagi wajar menerima dana persekutuan,” kata Trump di platform sosial beliau, Truth Social.

Trump berang terhadap universiti yang menghasilkan seramai 162 pemenang Hadiah Nobel itu kerana menolak tuntutan beliau supaya menerima pengawasan, kemasukan dan  penggajian oleh kerajaan.

Institusi pengajian tinggi  lain termasuk Universiti Columbia akur kepada tuntutan pentadbiran Trump yang mendakwa institusi-institusi pengajian elit kini terlalu berhaluan kiri.

Harvard sebaliknya menolak tekanan tersebut dengan presidennya, Alan Garber berkata, universiti itu enggan berkompromi tentang kebebasan atau hak perlembagaannya. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI