fbpx
Sekumpulan lembu melintas jalan ketika tinjauan di Jalan Gua Musang-Jeli berdekatan RKT Kesedar Meranto, Gua Musang semalam.

Lembu tiada akal, tuan buat keras kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Pengguna yang melalui Jalan Gua Musang-Jeli di sini, ibarat menggadai nyawa sendiri apabila lembu ternakan penduduk kerap berkeliaran di kawasan tersebut.

Malah, ada pemandu kende­raan yang nyaris terbabit kemalangan gara-gara mahu mengelak haiwan tersebut sekali gus membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.

Pekerja swasta, Mohamad Alamin Muhaimin, 38, berkata, masalah lembu berkeliaran atas jalan di kawasan tersebut sudah lama berlarutan.

Lelaki itu kesal dengan sikap pemilik yang bersikap lepas ta­ngan apabila membiarkan haiwan ternakan mereka merayau sehingga ke kawasan jalan raya.

“Saya sendiri berdepan pe­ngalaman nyaris terlanggar lembu di laluan itu apabila lebih 50 ekor haiwan tersebut yang berada di tepi jalan melintas secara tiba-tiba.

“Jadi pada waktu malam, saya elakkan memandu di jalan tersebut kerana keadaan gelap selain bimbang haiwan itu berkeliaran atas jalan,” katanya ketika ditemui di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto di sini semalam.

Mohd. Hilmi Mohd. Rasyid, 45, pula berkata, Jalan Gua Musang-Jeli merupakan laluan utama untuk ke Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai.

Katanya, laluan itu bukan sahaja menjadi pilihan kereta dan motosikal, tetapi kenderaan berat seperti lori, treler termasuk lori balak.

“Saya sendiri nyaris me­rempuh kenderaan di hadapan kerana mahu mengelak lembu yang melintas jalan. Saya harap tindakan tegas dapat diambil terhadap pemilik yang membiarkan haiwan ternakan berkeliaran atas jalan raya kerana membahayakan pengguna terutama pada waktu malam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, sebanyak 50 kes kemalangan melanggar haiwan direkodkan di beberapa laluan utama di daerah ini sejak awal tahun ini hingga Mac lalu.

Daripada jumlah itu, seba­nyak 49 kes melibatkan kerosakan kenderaan dan satu kes kematian. Sebanyak 43 kes kemalangan melibatkan lembu, manakala kes lain melibatkan anjing, babi, tapir dan kuda.

“Kemalangan berlaku di ­laluan utama di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Jalan Gua Musang-Jeli, Jalan Gua Musang-Lojing, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis dan Jalan Gua Musang-­Aring,” kata beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN