fbpx

Anwar ucap tahniah Sambutan Jubli Perak pemerintahan Raja Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sambutan Jubli Perak selama 25 tahun pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mengucapkan tahniah kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan baginda.

Dalam satu hantaran di laman X, Anwar turut mendoakan baginda serta seluruh keluarga dilimpahi rahmat.

“Merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Negeri Perlis.

“Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Duli Tuanku dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat negeri Perlis Indera Kayangan dengan adil dan saksama,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI