fbpx

[VIDEO] Tunggu lama di stesen bas, pemuda tumpangkan warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang pemuda menumpangkan sepasang warga emas serta menghantar mereka ke stesen bas di bandar.

PETALING JAYA – Sikap prihatin seorang pemuda membantu sepasang warga emas dengan menumpangkan mereka selepas melihat pasangan suami isteri itu menunggu lama di stesen bas telah menarik perhatian pengguna media sosial.

Menerusi klip video yang dikongsikan oleh @m_sy4h, beliau menumpangkan sepasang warga emas dan menghantar ke stesen bas di bandar.

“Pagi tadi saya pergi jogging di tasik Raub, masa dalam perjalanan saya nampak dua pasangan tengah tunggu bas di tepi jalan dalam pukul 8 pagi begitu, saya balik ke rumah nak keluar balik, saya nampak lagi pasangan ini pada jam 10 pagi. Jadi saya tumpangkan mereka ke stesen bas di bandar,” katanya.

Pemuda itu berkata, tujuan dia merakam dan memuat naik video untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terutamanya pengguna media sosial.

“Saya merakam bukan sekadar meraih populariti, tapi untuk menjentik hati orang ramai untuk tidak lalai dan terlalu peka dengan media sosial.

“Terlalu banyak video-video yang merapu dan tidak berfaedah disebabkan terikut dengan ‘trend’ luar negara seperti lelaki berpakaian wanita,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata orang ramai kagum dan terharu dengan sikap keprihatinan pemuda itu.

“Terima kasih sudah jadi orang baik. Percayalah, kita tidak akan menyesal dengan kebaikan yang kita buat,” kata pengguna TikTok ajl8485.

“Tindakan abang ni sangat memberi inspirasi kepada saya dan semua orang untuk sentiasa membuat baik kepada sesiapa sahaja,” komen mayerlover69. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI