fbpx
Biarpun nampak lemah lembut, namun Nick gemarkan aktiviti outdoor dan aktif bersukan.

Biarpun masih belajar, sudah pandai cari duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Selain bercita-citanya menjadi seorang pendidik selepas menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM), bekas atlet Sarawak, Nick Ezzanny Sarawa Zulkarnain turut meminati bidang solekan.

Malah pemegang rekod lompat tinggi bagi kategori P15 sehingga kini itu juga telah berjinak-jinak menjadi jurusolek artis dan kini sudah terlibat dengan beberapa majlis kelolaan jenama terkenal.

Walaupun masih bergelar mahasiswi dalam bidang pendidikan sains pertanian, namun gadis yang lebih mesra disapa Nick sudah pandai mencari duit sampingan dengan menjadi pencipta kandungan.
Pesona Ahad pada minggu ini akan mengupas minat dan cita-cita anak ketiga daripada lima beradik ini serta impiannya selepas bergelar graduan.

KOSMO! AHAD: Ceritakan latar belakang anda?
NICK: Saya bersekolah di Sekolah Sukan Malaysia Sabah dan melanjutkan pengajian di UPM Kampus Bintulu dan kini di tahun akhir pengajian di UPM Serdang. Sepanjang pengajian, saya raih banyak pencapaian antaranya Atlet Gemilang dan Anugerah Kepujian Dekan.

Adakah Nick memang minat bidang pendidikan?
Saya ambil jurusan Bacelor Pendidikan Sains Pertanian di UPM kerana minat dalam bidang pertanian. Sejak dahulu lagi memang berhasrat untuk menjadi seorang cikgu. Sebelum ini, saya juga pernah mohon jurusan dalam bidang sukan, tetapi tiada rezeki.

Pilih bekerja di Sarawak atau Semenanjung?
Selepas tamat pengajian, saya merancang untuk tinggal di Semenanjung terlebih dahulu untuk mencari pekerjaan sebelum kembali ke Sarawak.

Apakah hobi dan makanan kegemaran?
Hobi saya lebih kepada apa-apa yang melibatkan aktiviti outdoor seperti main bola tampar dan hiking. Makanan kegemaran ayam gepuk dan makanan yang saya tak suka mee segera.

Kenapa meminati bidang solekan?
Ini juga adalah hobi, saya jadikan hobi ini sebagai kerjaya dan kini baru memulakan kerjaya sebagai seorang jurusolek artis.
Berapa ramai pengikut Nick di media sosial?
Saya aktif di media sosial, terutamanya TikTok dengan 2,312 pengikut dan 177.8k likes.

Adakah TikTok turut dijadikan ‘lubuk duit’?
Ya, kebanyakan pendapatan sampingan saya daripada TikTok. Saya menerima tawaran menjadi pencipta kandungan dalam bidang kecantikan dan kesihatan serta sebagai KOL atau Key Opinion Leader untuk promosi jenama Enchanteur dan GameOn Sports Hub.

Perasaan Nick terpaksa berjauhan dari keluarga?
Sudah tentu berjauhan dengan keluarga bukan sesuatu yang mudah. Sedih dan rindu sentiasa ada tetapi sudah terbiasa, saya boleh berdikari dan fokus pada pelajaran. Keluarga saya sentiasa memberi sokongan.

Boleh kongsikan ciri-ciri lelaki idaman?
Lelaki idaman saya ialah seorang bertanggungjawab, aktif bersukan, sentiasa berusaha, memahami dan boleh menerima saya serta keluarga seadanya. Paling penting sentiasa sokong impian saya dan mempunyai a good sense of humor. Namun sekarang saya mahu tumpu kepada kerjaya dahulu.

Apakah harapan Nick selepas ini?
Saya harap dapat menjadi seorang pendidik dan pada masa sama meneruskan minat dalam dunia jurusolek sehingga menjadi terkenal. Saya percaya setiap perjalanan ada cabaran, namun saya belum bersedia menerima.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN