fbpx
Keratan akhbar Kosmo! yang menyiarkan mengenai pengemis bermusim di bulan Ramadan Jumaat lalu.

Pengemis lama makin bijak, cuba ‘port’ baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Pengemis bermusim terutama di Jalan Masjid Kapitan Keling di sini, dipercayai sudah beralih tumpuan ke beberapa lokasi baharu di Pulau Pinang termasuk ada dalam kalangan mereka yang meluaskan ‘jajahan’ ke negeri lain.

Ini berikutan, jumlah keha­diran mereka dilihat berkura­ngan termasuk di kaki lima bangunan berdekatan dan pekarangan luar Masjid Kapitan Keling berbanding Ramadan tahun lalu.

Jawatankuasa Masjid Kapitan Keling, Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor Khan berkata , situasi itu dikesan sejak awal Ramadan.

“Tahun ini nampak (pengemis) berkurangan daripada tahun lepas terutama pada waktu malam. Tidak ramai yang duduk di kaki lima luar masjid. Kami percaya, mungkin mereka sudah berhijrah ke kawasan lain untuk mencari penderma ­baharu.

“Mereka berkemungkinan tukar tempat yang lebih strategik supaya wajah mereka tidak dikenali pihak berkuasa atau penderma-penderma terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Bagaimanapun katanya, dia tidak menafikan kehadiran ratusan pengemis bermusim terutama warga tempatan dipercayai dari Kedah dan Perak dijangka ‘berumah’ di kaki lima luar pekarangan masjid berkenaan pada malam 27 Ramadan ini.

Menurutnya, kehadiran mereka bertujuan meraih simpati jemaah masjid yang datang untuk mengikuti tahlil perdana, program ceramah, qiamullail dan diikuti jamuan sahur serta solat subuh secara berjemaah.

Dalam pada itu, katanya, hasil pemerhatiannya juga mendapati trend penderma juga berubah apabila mereka kini dilihat mula memilih penerima yang benar layak dan memerlukan.

“Ada lelaki dan wanita muda, anak-anak remaja pun ada dan masing-masing kelihatan sihat. Mereka ini mampu mencari kerja dan pendapatan sendiri.

“Ada juga warga emas yang nampak masih bergaya dan bersolek serta berpakaian kemas. Kehadiran mereka seperti mahu mengambil kesempatan atas keberkataan di bulan Ramadan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN