fbpx
Gambar hiasan.

‘Kami takut keluar, anak trauma dikejar anjing’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera di muka dan kaki akibat terjatuh ke dalam longkang selepas dikejar sekumpulan anjing liar di Gemencheh di sini kelmarin.

Ibu mangsa, Sharina Rebbuan, 35, berkata, ketika kejadian, anaknya, Muhammad Zhafran Abd. Rahim bersama dua sepupu dalam perjalanan ke rumah nenek mereka tidak jauh dari kawasan perumahannya di Taman Impian.

Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari, kanak-kanak itu sedang mengayuh basikal sebelum dua ekor anjing melintas. Mangsa yang ketakutan selepas dikejar haiwan itu cuba me­larikan diri, namun terjatuh ke dalam longkang.

“Anak saya bernasib baik kerana ada jiran yang membantunya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sharina memberitahu, dia menetap di taman perumahan tersebut sejak 15 tahun lalu dan masalah anjing liar semakin menjadi-jadi sejak lebih dua tahun lepas.

Seorang kanak-kanak cedera dikejar anjing dalam kejadian di Gemencheh kelmarin.

Dianggarkan terdapat kira-kira 15 ekor anjing liar berkeliaran pada waktu pagi, lewat petang dan malam di kawasan padang berhampiran.

“Sampai satu tahap kami takut hendak keluar rumah. Sekarang anak saya pula trauma. Pada tahun ini sahaja, terdapat lima kes dikejar anjing.

“Tahun lalu, ada penduduk yang digigit anjing liar, namun sehingga kini masalah ini masih belum selesai,” katanya.

Sharina berharap agar pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan menangkap segera anjing liar tersebut.

Susulan kejadian itu, Sha­rina membuat laporan di Balai Polis Gemencheh di sini untuk tindakan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN