fbpx

KKM sokong larangan jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Dzulkefly ketika sidang media pada Majlis Pelancaran Hari Pembantu Perubatan Ke-14 Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Auditorium Perdana, Hospital Tunku Azizah. - Foto SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) melarang penjualan makanan yang boleh membahayakan kesihatan murid termasuk gula-gula berbentuk vape di dalam kawasan sekolah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, larangan itu sejajar dengan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) serta perintah yang berkaitan yang telah berkuat kuasa 1 Oktober 2024, di mana seksyen 8 memperuntukkan larangan penjualan produk merokok tiruan.

“Saya merujuk kepada seksyen 8 dan seksyen 11 yang memperuntukkan larangan penjualan apa-apa produk merokok tiruan yang berkemungkinan boleh menggalakkan mana-mana orang membeli atau menggunakan produk-produk merokok terutama dalam kalangan orang belum dewasa.

“Jadi, berdasarkan peruntukan ini saya dan KKM menyambut baik inisiatif dan tindakan yang diambil oleh KPM untuk larang penjualan gula-gula tersebut di sekolah-sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas melancarkan Sambutan Hari Pembantu Perubatan Ke-14 Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Hospital Tunku Azizah di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, KPM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

Beliau berkata demikian susulan pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mengesan kemunculan gula-gula berbentuk peranti vape dan jarum suntikan di pasaran tempatan.

Kemunculan gula-gula itu sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap normalisasi tabiat merokok dalam kalangan kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI