DALAM rutin penjagaan kulit harian, krim pelindung matahari sering dipandang remeh terutamanya dalam kalangan remaja.
Ramai yang menganggap krim tersebut hanya diperlukan ketika pergi ke pantai atau melakukan aktiviti luar di bawah terik matahari.
Hakikatnya, sinaran ultraungu (UV) sentiasa ada sepanjang tahun, biarpun pada hari mendung atau hujan.
Atas dasar itu, UVeCARE Sunscreen menawarkan perlindungan SPF 50 PA+++ dengan fungsi tiga dalam satu yang sesuai untuk kulit remaja.
Tiga fungsi tersebut adalah keupayaan memberikan perlindungan matahari UVA dan UVB, penghidratan serta memberikan kesan pencerahan pada kulit.
Menurut Pengarah MD Pharma, Andrew Tan, UVeCARE Sunscreen memiliki tekstur ringan dan tidak berminyak, sekali gus sesuai untuk semua jenis kulit.
“UVeCARE merupakan pilihan terbaik kerana mampu melindungi kulit daripada sinaran berbahaya serta mencegah bintik-bintik gelap dan kedutan.
“Cuaca Malaysia yang panas dan lembap boleh mengeringkan kulit. Oleh itu, fungsi hidrasi dalam produk ini penting kerana ia boleh melembapkan kulit.
“Kesan pencerahannya pula memberikan kulit anda cahaya semula jadi tanpa rasa berminyak, melekit dan mudah menyerap ke dalam kulit,” katanya kepada K-Remaja.
Untuk pengetahuan, UVeCARE Sunscreen merupakan produk tempatan keluaran MD Pharma yang berada di pasaran sejak 2020.
Produk itu memberikan perlindungan spektrum luas terhadap sinaran UVA dan UVB, sekali gus membantu mencegah selaran matahari, penggelapan kulit, penuaan dan kulit kusam.
Pelindung matahari tersebut bebas daripada alkohol, paraben dan wangian, sekali gus boleh digunakan pada keseluruhan muka serta badan.

Ramuan utama termasuk ekstrak akar peony, arbutin, glutathione, ekstrak saxifraga sarmentosa dan ekstrak akar scutellaria baicalensis.
Andrew yang juga ahli farmasi memaklumkan, penting untuk remaja mula memakai krim pelindung matahari seawal usia 13 tahun bagi pencegahan masalah kulit awal.
“Mungkin pemakaian pelindung matahari kelihatan tidak penting bagi remaja terutama ketika kulit masih muda, tetapi kesan negatifnya akan terkumpul seiring waktu.
“Mereka yang berada dalam lingkungan usia 20-an dan 30-an akan mula menyedari tona kulit mereka tidak sekata dan kedutan kerana menggunakan pelindung matahari lebih awal.
“Sekiranya perkara ini berlaku dan kerosakan pada kulit mula kelihatan, saya khuatir lebih sukar untuk dipulihkan,” katanya.
Kelebihan itu membuatkan produk tersebut memenangi pelbagai pengiktirafan termasuklah anugerah Natural Health 2022 dan 2023 bagi kategori Best Face Brightening Sunscreen. Ia telah dinaik taraf ke kategori ‘diamond’ bagi kategori sama pada tahun lalu.
Bagi cara pemakaian, Andrew berkata, pengguna perlu mengulang pakainya setiap tiga atau empat jam sekiranya berada di dalam bangunan dan setiap dua jam sekiranya melakukan aktiviti luar.
“Kesannya berkurang dari masa ke masa akibat peluh, geseran dan pendedahan kepada air atau minyak pada kulit.
“Oleh itu, disarankan untuk pengguna mengulang pakai,” katanya.















