fbpx
Rakyat Kelantan sudah penat untuk berdepan dengan masalah banjir saban tahun dan berharap PLSB dapat mengurangkan bencana itu apabila siap pada Julai tahun depan.

Luahan pembaca: Mampukah projek RM3 bilion atasi banjir Kelantan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang,

HUJAN lebat dan berterusan merupakan antara kebimbangan besar buat saya dan keluarga yang tinggal di sebuah kampung yang terletak kira-kira 1 kilometer dari Sungai Golok dekat Rantau Panjang, Kelantan.

Keadaan itu tambah menakutkan apabila masuk musim tengkujuh bermula hujung November kerana hujan yang lebat selama tiga hingga empat hari berturut-turut sehingga menyebabkan limpahan air Sungai Golok yang menjadi petanda banjir akan berlaku di Rantau Panjang.

Meskipun sudah berdepan banjir sejak kecil, situasi bah yang melanda akibat limpahan Sungai Golok dilihat semakin memburuk sejak 10 tahun lalu.

Tebing Sungai Golok di sebelah Thailand yang ditambak dengan batu dan simen dilihat menjadi benteng atau penyelamat kepada masyarakat di sana kerana air sungai tidak mudah melimpah dan masuk ke kawasan mereka.

Tidak seperti di sebelah Malaysia. Ketiadaan sebarang tambak memudahkan limpahan air Sungai Golok masuk ke kawasan kampung setiap kali hujan lebat.

Banjir yang berlaku setiap tahun menyebabkan saya dan semua penduduk kampung penat untuk menghadap situasi itu sudah berlanjutan sejak sekian lama.

Selaku anak jati Rantau Panjang, saya amat berharap pembinaan tiga fasa Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok dengan kos RM2 bilion siap mengikut jadual iaitu pada Julai tahun depan.

Hanya PLSB Sungai Golok menjadi harapan untuk penduduk di Rantau Panjang dapat mengurangkan kerugian akibat banjir.

Jika projek itu siap kelak dan tidak mampu menangani masalah bah besar, maka memang kami akan terus berdepan banjir sampai bila-bila.

Naziz
Rantau Panjang, Kelantan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN