fbpx
Sungai Semungkis yang bersih mengalir di tengah-tengah Ajin Campsite merupakan aliran air sungai dari Gunung Nuang.

K2

Santai memancing di Ajin Campsite

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Jika dahulu aktiviti berkhemah dikategorikan sebagai hobi ‘eksklusif’, namun kini ia boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat termasuk kaki pancing.Dengan akses dan kemudahan yang semakin pelbagai, ia merancakkan lagi suasana perkhemahan keluarga di negara ini.

Baru-baru ini, saya berkesempatan berkunjung ke Ajin Campsite yang terletak di Kampung Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor.

Perjalanan memakan masa selama 45 minit dari Petaling Jaya, dan kedatangan kami sekeluarga telah ditunggu oleh Zairizain Maulana atau Ajin selaku Campsite Operator (CO).

Menurutnya, tapak perkhemahan itu mula dibuka pada bulan November 2020, ketika dunia sedang dilanda pandemik Covid-19.

Bermula dengan 10 tapak khemah, kini Ajin Campsite mempunyai 90 tapak perkhemahan yang dibahagikan mengikut zon melibatkan kawasan seluas 3 hektar.

Segala kemudahan asas seperti tiga surau dan 18 tandas cukup untuk menampung keseluruhan campsite.

Bekalan elektrik berfungsi selepas pukul 7 malam sehingga 7 pagi sahaja. Selain itu, terdapat gerai runcit, gerai makan dan minuman jika diperlukan. Terdapat juga kemudahan Wi-Fi Starlink dengan harga serendah RM10.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah  flying fox dengan bayaran RM30 untuk seorang. Ada juga kolam mandi khas untuk kanak-kanak.

Ukasyah dengan ikan keli yang dipancing di kolam.

Untuk campers yang gemarkan aktiviti memancing, pastikan anda membawa set joran.

Hal ini kerana Sungai Semungkis yang airnya mengalir dari Gunung Nuang melalui tapak perkhemahan ini ada ‘penghuni’ yang menunggu umpan anda.

Misalnya, ikan tengas, tengas daun, bagoh, limbat, haruan kedak, sia dan tebal sisik.

Selain sungai, terdapat juga kolam pancing untuk anda melepaskan gian. Ikan yang ditangkap perlu dibayar mengikut harga pasaran.

Saya tidak melepaskan peluang untuk memancing di kolam tersebut. Antara ikan yang berjaya dinaikkan adalah keli, tilapia dan patin.

Jika ingin memancing di sungai dan kolam pancing, anda disarankan menggunakan set pancing ultralight bawah 10 paun untuk memaksimakan cabaran.

Purata saiz ikan keli yang ada di dalam kolam adalah 2.5 kilogram. Umpan cengkerik dan roti antara yang popular di sini.

Untuk tempahan, anda boleh melawat laman sesawang escabee.com dengan menaip kata kunci, Ajin Campsite.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN