fbpx
Sufi dan isterinya sudah bosan di antara satu sama lain apabila usia perkahwinan mereka memasuki enam tahun. – Gambar hiasan

K2

Suami isteri bosan lepas 6 tahun kahwin, nak curang tak kisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

“KAMI berdua mengambil keputusan untuk berpisah kerana sudah bosan di antara satu sama lain dan masing-masing miliki kekasih hati yang lain,” kata seorang lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Sufi.

Alasan tersebut menjadi punca dia dan isterinya mengambil keputusan untuk mengakhiri perkahwinan yang mereka bina hampir tujuh tahun.

Sufi yang kini berusia pertengahan 30-an menjelaskan sebelum ini rumah tangga yang mereka bina semuanya baik-baik sahaja.

Namun, setelah memasuki tahun keenam perkahwinan dia tidak lagi merasai kehangatan perkahwinan mereka.

“Saya merasakan hubungan kami menjadi semakin hambar, tambahan pula kami tidak dikurniakan dengan cahaya mata.

“Semakin hari, saya rasa semakin bosan untuk hidup dengan isteri saya, tambahan pula isteri saya seorang yang suka mengarah,” jelas Sufi.

Disebabkan hal itu, Sufi mula ingin mencari ‘keseronokan’ lain dengan memilih untuk bermain cinta dengan wanita lain.

Dia kemudian berkenalan dengan seorang wanita yang dikenali di media sosial.

Perkenalan itu membuatkan Sufi kembali dilamun cinta dan dia juga menceritakan akan hal rumah tangganya kepada wanita tersebut.

Dia menceritakan bahawa hubungan bersama isterinya semakin dingin dan mereka seakan sudah tidak memilki persefahaman lagi.

Malah, mereka sering bergaduh akan hal-hal kecil dan sudah jarang untuk melakukan hubungan intim bersama.

Sufi juga dapat merasakan bahawa isterinya itu seperti ada menjalin hubungan dengan lelaki lain.

Ini kerana, di rumah, isterinya itu sering dengan telefon pintar dan selalu keluar malam tanpa memberitahu ke mana tujuannya kepada Sufi.

“Malah, rakan saya juga pernah melihat isteri saya ada pergi menonton wayang dengan lelaki lain.

“Saya pernah bertanya akan hal tersebut dan isteri saya mengakuinya dan menyatakan dia keluar menonton wayang bersama rakannya sahaja, terang Sufi.

Sufi juga pernah berbicara tentang rumah tangganya bersama isterinya itu untuk cuba membaiki keadaan sebelum itu.

Malah, pada ketika itu isterinya turut menyatakan bahawa dia sudah bosan dengan perkahwinan mereka dan tidak menolak kemungkinan untuk berpisah dengan Sufi jika takdirnya begitu.

Selepas itu, Sufi tidak lagi berselindung akan hubungannya bersama wanita lain.

Malah, dia langsung tidak menyimpan atau memadam perbualannya bersama wanita lain di telefon pintarnya.

Begitu juga gambarnya bersama teman wanita baharunya, Sufi tidak memadamnya dan membiarkannya sahaja di galeri gambar.

Sufi berbuat demikian bagi menunjukkan kepada isterinya bahawa dia telah mempunyai kekasih hati yang lain.

“Isteri saya mengetahui kata laluan telefon pintar dan dia ada membuka telefon pintar saya dan dia melihat semuanya.

“Dia juga langsung tidak memberikan reaksi cemburu, malah menyatakan bahawa saya cepat mencari pengganti sedangkan kami belum berpisah,” jelas Sufi.

Selepas itu, isterinya turut melakukan perkara yang sama dan membiarkan atau tidak memadam perbualannya dan gambarnya dengan dengan lelaki lain di telefon pintarnya.

Isterinya sengaja berbuat demikian untuk memberitahu kepada Sufi bahawa dia juga mempunyai kekasih hati.

Sufi mengakui dia dan isterinya itu seakan sudah tidak ditakdirkan untuk bersama lagi. Bahkan kedua-duanya memang merasakan hubungan mereka semakin hambar.

Mereka berdua lebih bahagia dengan pasangan baharu masing-masing.

“Akhirnya kami berbincang dan mengambil keputusan untuk berpisah dengan cara baik dan mencari bahagia masing-masing.

“Kami kemudian sah berpisah di sebuah Mahkamah Syariah di Lembah Klang,” kata Sufi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN