fbpx

RCI Batu Puteh: Tun M cuba heret orang lain lemas bersama – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin dan Dr. Mahathir.

PUTRAJAYA – Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengaitkan beberapa nama besar dalam keputusan berkaitan Batu Puteh baru-baru ini diibaratkan seperti ‘mengheret orang lain lemas bersama’.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sepatutnya Dr. Mahathir perlu merujuk fakta sebenar dikeluarkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Beliau juga mengesahkan dirinya tiada dalam senarai Kabinet Dr. Mahathir pada 2018 ketika keputusan itu dibuat biarpun negarawan itu memaklumkan ia keputusan bersama Jemaah Menteri.

“Jadi, percubaan dia (Dr. Mahathir) untuk heret (mengaitkan semua individu dalam Kabinetnya) ini macam orang lemas.

“Bila orang lemas ini, kayu buruk pun dia capai. Begitulah keadaannya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada dirinya ada pada mesyuarat Kabinet ketika keputusan melepaskan Batu Puteh itu.

Saifuddin berkata, beliau mengesahkan dirinya ada kumpulan menteri ketiga yang dilantik menganggotai Kabinet Dr. Mahathir pada 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI