fbpx

[VIDEO] Pengurus gudang didenda RM6,500 miliki 4,335 alat mainan seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wei Keang ketika diiringi pegawai KDN di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Perbuatan seorang pengurus gudang alat kesihatan memiliki 4,335 unit alat mainan seks termasuk silikon alat kemaluan dan payudara mengundang padah apabila didenda RM6,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Majistret Ameera Mastura Khamis menjatuhi hukuman itu setelah tertuduh Goh Wei Keang, 30, mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Sekiranya gagal membayar denda tersebut boleh dipenjara empat bulan. Tertuduh membayarnya.

Mahkamah kes turut memerintahkan barangan kes diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi tujuan pelupusan.

Wei Keang didakwa memiliki sebanyak 4,335 pelbagai unit alatan dan mainan seks dalam gudangnya di Jalan Industri 6, Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini, kira-kira pukul 11 pagi pada 30 November tahun lalu.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan penguat kuasa Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, KDN Putrajaya telah menyerbu sebuah gudang dalam keadaan secara terbuka dengan tertuduh mengaku sebagai pengurus premis itu.

Hasil pemeriksaan merampas pelbagai peralatan seks dengan siasatan mendapati alatan itu dijual dan diiklankan melalui beberapa aplikasi dalam talian.

Wei Keang yang masih bujang dan tidak diwakili peguam tersebut merayu pengurangan hukuman susulan terpaksa menanggung ibu dan adiknya yang berusia 20 dan 60 tahun.

“Saya juga tidak buat lagi bisnes seperti itu (selepas ditangkap) dan janji tidak akan mengulanginya,” tegasnya.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa KDN Selangor, Siti Mazlini Ahmad Zawawi memohon hukuman setimpal melihat kepada keseriusan kes tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI