fbpx

Misi mencemaskan bawa naik kerbau 500 kilogram jatuh perigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mam berjaya dikeluarkan dari perigi tersebut dalam keadaan selamat tanpa kecederaan serius. - Khaosod

BANGKOK – Satu operasi menyelamat dijalankan untuk mengeluarkan seekor kerbau yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta sedalam 7 meter di Nawanghai, wilayah Chon Buri, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kerbau bernama Mam seberat 500 kilogram itu disedari berada di dalam perigi tersebut kelmarin kira-kira pukul 6.30 petang (waktu tempatan).

Pemiliknya, Kamonwan Rongwang, 58, berkata, kerbau jantannya itu disedari hilang selepas ia merayau-rayau di luar kandang.

Mam kemudian ditemui berada di dasar perigi tersebut dalam keadaan gelisah dan ketakutan.

Perigi berdiameter 1.2 meter itu sangat dalam, manakala bukaannya berada pada paras sama dengan tanah.

Selepas 30 minit cuba menaikkan kerbau itu menggunakan kren, Mam akhirnya berjaya dikeluarkan dari perigi tersebut dalam keadaan selamat tanpa kecederaan serius. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI