fbpx

Dewan Rakyat: RM193.60 juta diperuntukkan naik taraf ICQS Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Anuar di Dewan Rakyat hari ini. - Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah meluluskan sejumlah peruntukan bernilai RM193.60 juta bagi kerja-kerja membina dan menaik taraf beberapa Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin, dan Keselamatan (ICQS) dan Pos Kawalan Imigresen di sekitar persempadanan Sarawak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, antara projek yang sedang dilaksanakan adalah Projek Menaik Taraf Kompleks ICQS Tebedu, Pembinaan ICQS dan Kuarters Imigresen Serikin, Pembinaan Pos Kawalan dan Kuarters Imigresen Ba’kelalan serta Pembinaan Pos Kawalan dan Kuarters Imigresen Telok Melano.

Beliau berkata, kementerian prihatin akan keadaan kesesakan yang sering berlaku pada hujung minggu dan musim perayaan di ICQS Sungai Tujoh.

“Oleh itu, beberapa peruntukan telah disediakan untuk menaiktaraf dan menambah baik keadaan di ICQS Sungai Tujoh antaranya seperti mengguna pakai peruntukan mengurus bagi memperbaiki kerosakan-kerosakan kecil contohnya seperti tahun 2023, sebanyak RM121,119.00 telah dibelanjakan untuk tujuan pembaikan kecil dan naik taraf sahaja di ICQS Sungai Tujoh.

“Manakala, pada 4 April 2024 Kerajaan Sarawak telah meluluskan sejumlah RM4.0 juta untuk melaksanakan projek naik taraf fasiliti ICQS Sungai Tujoh,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Chiew Choon Man (PH-Miri) mengenai langkah yang diambil untuk menaik taraf Kompleks ICQS Sungai Tujoh Miri seperti menukar struktur berbentuk “tulang ikan” kepada tol dan menambahkan kaunter di tapak ICQS lama, bagi menangani kesesakan.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar memaklumkan bagi melancarkan proses pemeriksaan dan menangani masalah kesesakan penumpang di ICQS Sungai Tujoh, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sarawak telah melaksanakan penempatan Kumpulan Tindak Balas Segera (QRT).

“Penempatan itu yang mana pegawai Imigresen dalam mod bersedia sekiranya berlaku kesesakan melampau di ICQS.

“Seramai tujuh orang (dari Pejabat Imigresen Bahagian Miri empat orang dan Depot Imi Bekenu tiga orang) membantu untuk mengurangkan kesesakan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI