fbpx

Ular tedung cari mangsa, sembunyi bawah bantal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSOUW menangkap ular di bawah bantal. - Foto Jamie Pyatt

CAPE TOWN – Seekor ular tedung ditemui bersembunyi di bawah bantal atas katil sebuah rumah di Afrika Selatan sebelum seorang pakar dipanggil untuk menangkap reptilia itu, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.

Satu rakaman video yang dimuat naik menerusi akaun Stellenbosch Snake Removals di laman Instagram memaparkan detik dihadapi oleh Emile Rossouw ketika dia menangkap ular yang sangat berbisa tersebut.

Rossouw kemudian berjaya mengeluarkan ular daripada spesies ‘cape cobra’ itu dari bawah bantal penghuni rumah tersebut.

“Ia bukan sesuatu yang anda harap berada di atas katil anda,” kata Rossouw sambil mengendalikan ular itu.

Institut Gigitan Ular Afrika menggambarkan ular itu sebagai tedung paling berbahaya dan menyumbang sebahagian besar daripada kematian akibat dipatuk reptilia itu di Afrika Selatan.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI