PETALING JAYA – Seramai 6,402 mangsa banjir daripada 1,561 keluarga di lima negeri ditempatkan di 42 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 11 malam ini.
Lima negeri yang terjejas adalah Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Terengganu mencatatkan bilangan tertinggi mangsa banjir iaitu seramai 5,707 daripada 1,374 keluarga.
“Di Kelantan pula mencatatkan bilangan mangsa banjir seramai 307 daripada 72 keluarga.
“Mangsa banjir di Pahang merekodkan seramai 199 orang daripada 63 keluarga,” katanya.
Sementara itu, di Johor seramai 155 mangsa daripada 41 keluarga manakala di Perak mencatatkan mangsa banjir seramai 34 orang daripada 11 keluarga. – KOSMO! ONLINE