fbpx

Sao Paulo gig terakhir Nicko McBrain bersama Iron Maiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ribuan peminat memberi tepukan gemuruh kepada Nicko yang mengumumkan persaraannya daripada Iron Maiden selepas persembahan di Sao Paulo kelmarin.

PETALING JAYA – Pemain dram legenda Iron Maiden, Nicko McBrain mengumumkan persaraan dan menyatakan persembahan di São Paulo kelmarin merupakan penampilan terakhirnya bersama kumpulan itu selepas 42 tahun menjelajah dunia.

Bagaimanapun, dia akan terus menjadi sebahagian daripada keluarga Iron Maiden dengan terlibat dalam pelbagai projek yang dirancang oleh pengurus lamanya, Rod Smallwood dan Andy Taylor.

Dia juga merancang untuk fokus kepada pelbagai projek peribadi serta perniagaan sedia ada, termasuk The British Drum Company, Nicko McBrain’s Drum One, Titanium Tart, dan Rock-N-Roll Ribs.

“Apa lagi yang boleh saya katakan? Jelajah bersama Maiden selama 42 tahun ini adalah satu perjalanan yang luar biasa! Kepada peminat setia saya, anda menjadikan semuanya berbaloi dan saya sangat menyayangi anda!,” tulisnya.

Sementara itu, Nicko menyatakan penghargaan mendalam kepada isterinya, Rebecca, yang sentiasa memberikan sokongan dan menjadikan segala cabaran lebih mudah, sambil menegaskan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi terhadapnya.

Dia turut berterima kasih kepada anak-anaknya, Justin dan Nicholas, kerana memahami terhadap ketiadaannya sepanjang kerjaya, dan menyatakan kasih sayangnya kepada mereka.

Selain itu, Nicko turut menzahirkan rasa terima kasih dan sayang kepada rakan-rakan yang sentiasa ada untuknya, serta kepada rakan-rakan bandnya yang telah merealisasikan impiannya bersama Iron Maiden.

“Saya menantikan masa depan dengan penuh semangat dan harapan besar! Kita akan bertemu lagi tidak lama lagi. Semoga Tuhan memberkati anda semua, dan tentunya, “Up the Irons!”,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI