PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menikmati santapan tengah hari bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah restoran asam pedas terkenal di Johor Bahru, hari ini.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Perdana Menteri di Istana Pasir Pelangi.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, turut berangkat ke sesi mengadap serta santapan tengah hari berkenan. – KOSMO! ONLINE