fbpx
Kandungan media sosial berkaitan kecantikan memberi pengaruh besar kepada golongan kanak-kanak supaya mahu kelihatan cantik.

Mahu nampak cantik sebab pengaruh media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lambakan kandungan video tip solekan di media sosial memberi pengaruh besar termasuk kepada golongan kanak-kanak untuk berdandan.

Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Fauziah Mohd. Saad berkata, penggunaan alat solek dalam kalangan kanak-kanak boleh menyebabkan tekanan sosial dan tekanan rakan sebaya sehingga mereka membesar menjadi remaja.

“Zaman sekarang apabila ada kanak-kanak yang tidak bersolek, ia memberi tekanan daripada rakan sebaya yang mungkin boleh menyebabkan mereka rasa se­perti ke­tinggalan atau tertekan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

“Dalam hal ini, tanggungjawab boleh diletakkan kepada beberapa pihak terutama ibu bapa yang perlu memberikan pemahaman kepada anak masing-masing tentang nilai diri sebenar,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Fauziah, pihak sekolah juga harus memainkan pera­nan dalam mendidik murid-murid mengenai kepenti­ngan menerima kepelbagaian dan tidak membezakan penampilan fizikal.

“Masyarakat juga secara ke­seluruhan mempunyai tanggungjawab untuk menggalakkan penerimaan terhadap pelbagai bentuk kecantikan dan me­ngurangkan tekanan sosial yang tidak perlu,” katanya.

Beliau berkata, bagi mena­ngani isu tersebut, pihak sekolah wajar mewujudkan satu garis panduan kepada murid mengenai produk yang boleh dipakai untuk penampilan bersesuaian di sekolah.

“Pendekatan yang terlalu tegas seperti melarang boleh menyebabkan mereka akan memberontak.

“Oleh itu, wujudkan satu garis panduan apa yang mereka boleh pakai misalnya produk pelin­dung matahari, pelembap wajah berwarna mengikut warna kulit yang bersesuaian dengan seseorang murid,” katanya.

Tambahnya, adalah normal bagi kebanyakan perempuan termasuk kanak-kanak mempunyai keinginan untuk kelihatan cantik, namun perlu melihat kepada ke­sesuaian dan kematangan kulit si pemakai agar tidak merisikokan kesihatan kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN