fbpx

5 hingga 7 gelombang hujan lebat sehingga Mac depan – MetMalaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan terdapat lima hingga tujuh gelombang hujan lebat akan membadai seluruh negara sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL).

Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional (POCGN), MetMalaysia, Lucia Enggong berkata, gelombang tersebut telah bermula pada 5 November lalu dan dijangka akan berterusan sehingga Mac depan.

Malah katanya, ketika ini negara berada pada fasa gelombang kedua.

“Untuk tahun ini MetMalaysia menjangkakan akan ada lima hingga tujuh gelombang (bermula November hingga Mac tahun hadapan).

“Biasanya untuk fasa satu MTL ini kebanyakan negeri terkesan adalah sekitar Semenanjung terutamanya negeri-negeri di Timur Semenanjung. Kemudian ia akan bergerak ke Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu temubual di sebuah stesen radio.

Bagaimanapun Lucia berkata, luruan monsun yang akan datang tidak sekuat seperti yang terjadi baru-baru ini.

Terdahulu, gelombang pertama MTL yang bermula sejak 5 November lalu menyaksikan seramai 235,706 orang daripada 68,868 keluarga di sembilan negeri terjejas,

Jumlah tersebut adalah yang tertinggi selepas banjir besar melanda negara semasa MTL 2014/2015.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI