fbpx

2 lelaki Singapura dicekup seludup ubat batuk guna bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAUB menunjukkan cecair disyaki ubat batuk yang berjaya dirampas pada sidang akhbar di IPD Johor Bahru Selatan, Johor Bahru hari ini.- Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Dua lelaki warga Singapura menggunakan bot rekreasi untuk mengaburi mata pihak berkuasa bagi mengambil bekalan ubat batuk di negeri ini untuk diseludup ke negara lain.

Bagaimanapun kegiatan yang baharu sahaja dijalankan itu berjaya dihidu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua yang menahan bot berkenaan di sebuah jeti di Masai, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam operasi khas kira-kira pukul 6 petang itu, PPM Wilayah Dua menahan dua lelaki berusia 45 hingga 50 tahun.

“Bot rekreasi berdaftar di Singapura itu yang digunakan oleh pemancing bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Ia merupakan milik salah seorang suspek.

“Pemeriksaan yang dijalankan ke atas bot itu menjumpai lima buah tong disyaki mengandungi cecair berwarna hitam disyaki ubat batuk sebanyak 130 liter yang dianggarkan bernilai RM75,150,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS, di sini hari ini.

Dalam serbuan itu, PPM Wilayah Dua turut merampas sebuah bot fiber bernilai RM270,000, enjin bot jenis Mercury RM120,000, empat telefon bimbit dan satu rangkai kunci bot.

Raub memberitahu, hasil siasatan awal mendapati ubat batuk tersebut dimiliki oleh dua suspek tersebut bertujuan untuk diedarkan di pasaran.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI